Wednesday, June 23, 2010

Senamrobik





Senamrobik dijalankan setiap hari Ahad bertempat di Perkarangan Dewan Sg. Dua. Ramai peserta yang terdiri daripada semua penduduk Kadun Sungai Dua menyertainya.

Dengan senamrobik badan akan sihat dan cergas sentiasa.

Kesihatan memain peranan penting dalam kehidupan.

Tuesday, June 22, 2010

Pembungkusan Buah Kurma


Selain daripada aktiviti yang telah dijalankan di kampung , pembungkusan buah kurma juga adalah salah satunya. Program ini selalu dijalankan sebelum tiba bulan ramadhan dengan memohon sumbangan kepada semua khairiah Merbau Kudong.


Aktiviti ini dibuat bersama ajk wanita. Setelah siap dibungkus, akan disampaikan pada setiap rumah dalam kampung tersebut pada awal ramadhan.

Program Mengacau Bubur Asyura




Semasa menyambut bulan Muharam, Kampung Merbau Kudong telah mengadakan aktiviti mengacau bubur asyura. Aktiviti tersebut telah diadakan di rumah Ketua Cawangan kawasan tersebut.

Semua AJK wanita , pemuda, puteri turut sama membantu menjayakan program tersebut. Setelah masak dimasukkan ke dalam bekas dan diedarkan ke setiap rumah di dalam kampung itu.

Gotong Royong



Program Gotong Royong
Program tersebut telah diadakan setiap 4 bulan sekali bagi setiap tahun. Semua lapisan masyarakat kampung tersebut telah sama-sama ambil bahagian dalam program ini.

MaulidurRasul




Kampung Merbau Kudong telah menyertai Program Perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010. Berbagai lapisan masyarakat telah sama-sama berarak dari Masjid Nyior Sebatang ke Masjid Merbau Kudong.

Selepas selasai perarakan diadakan jamuan makan tengahari.